Dah lama xupdate blog ni... dah hampir setahun... arini enin nak share perkara yang cukup bermakna dlm hidup kami.... esok 12 Zulhijjah, genap 2 tahun usia perkahwinan kami... tarikh omputihnye 29.11 ni... 

Alhamdulillah... Allah swt telah kurniakan kami hadiah yang amat bermakna buat kami berdua... hadiah yg ditunggu2 selama ni... pelbagai ikhtiar dan usaha disertakan doa... akhirnya doa kami dimakbulkan Allah swt. terus eHubby sujud syukur ke hadrat NYA... dan enin pula sampai menitiskan air mata kerana terlalu gembira. Itulah kuasa Allah swt. Allah Maha Mendengar... 


Akhirnya kami bakal bergelar Ibu & Ayah... Syukur Ya Allah... Terima Kasih dgn rezeki yang tak ternilai ni KAU kurniakan kepada kami... Hari ni usia kandungan 5 minggu. 

Ya Allah...pelihara dan lindungilah anak di dalam rahimku daripada perkara2 buruk... Berilah kesempatan kepada anakku untuk menjengah dunia yang penuh warna warni ni... Dan jadikanlah dia Anak yang Soleh atau Solehah buat sahamku dan suamiku di akhirat kelak...

0 komen: